Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang berkenan berangkat ke Laman Rona Pantai dan Tradisi Kumpulan PMINT di Bidong Flora Fest 2025 (BFF) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu.
Keberangkatan KDYMM Tuanku ini menjadi suntikan semangat dan penghormatan yang amat besar buat seluruh warga kerja Kumpulan PMINT.
Pada BFF kali ini, Kumpulan PMINT telah memenangi 2 anugerah iaitu pencahayaan terbaik keseluruhan dan Johan bagi kategori Agensi & GLC Negeri.
Terima kasih barisan urusetia, team gerak kerja di tapak dan semua orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
#pmintmemacupembangunan
#pmintmembinamasahadapan