Kejohanan MAKSAK Indoor Games E-Sport Peringkat Negeri Terengganu 2025 telah berlangsung pada 15 Mei 2025 yang bertempat di Function Hall, Tingkat 8, Kompleks Paya Bunga Sentral.
Bagi Sukan E-Sport FC25, kejohanan ini disertai dengan seramai 32 orang penyertaan bagi kategori Perseorangan dan 16 pasukan menyertai kategori Beregu yang di terdiri daripada pelbagai agensi jabatan kerajaan.
Tahniah diucapkan kepada En. Muhammad Aqib Nazanee bin Mohd Supardini yang berjaya memenangi tempat Ke-3 Bersama bagi kategori Perseorangan. Selain itu bagi kategori Beregu pula, pasangan beregu En.Muhammad Aqib Nazanee bin Mohd Supardini / En.Abdul Halim bin Manan dan YM. Syed Muhamad Syakir bin Tuan Mohd Zawawi / En.Hishamuddin bin Mohd masing-masing berkongsi kedudukan dengan memenangi tempat Ke-3 Bersama.
Semoga kejohanan dan kemenangan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus ke hadapan dalam membina jati diri yang unggul serta dapat meningkatkan mutu permainan pada kejohanan akan datang.
Tahniah dan syabas sekali lagi kepada para pemenang.