18 Jun 2025 – Jawatankuasa Kebajikan KESUMIN melalui Program Ziarah Cakna telah mengunjungi rumah Encik Mohd Zaidi bin Abdul Rahman, Pengurus Bahagian Perancangan dan Rekabentuk, di kediaman beliau di Kampung Losong.
Ia adalah untuk memberi sokongan moral kepada Encik Mohd Zaidi yang telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 27 Mei 2025. Beliau kini sedang menjalani proses pemulihan dan mengambil masa untuk berehat sepenuhnya bagi memulihkan kesihatan secara berperingkat.
Hadir menyampaikan sumbangan ialah Cik Suhaili binti Mohd Nor, Pengerusi Kebajikan, bersama-sama Ahli Jawatankuasa Kebajikan KESUMIN. Semoga Encik Mohd Zaidi dikurniakan kesembuhan yang sempurna, sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.
Daripada hati,
Kebajikan 2025-2026