18 JUN 2025 (Rabu): Pelaksanaan Writ Pemilikan (Perintah Pecah Masuk) telah diadakan di premis bernombor 113, RMM Sungai Tong II, Setiu. Pelaksanaan tersebut telah dihadiri oleh bailiff Mahkamah Setiu, wakil peguam dan warga kerja PMINT dari Bahagian Perumahan RAKR dan Perundangan & Integriti. Turut hadir adalah wakil daripada Bahagian Penyenggaraan Harta yang bertanggungjawab menukar tombol pintu rumah. Penyewa tersebut telah dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar perjanjian sewa rumah dan perlu mengosongkan rumah tersebut. Pelaksanaan tersebut selesai pada jam 11.30 pagi.