25 JUN 2025 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Kunci Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Tok Jembal Sejahtera di Kuala Nerus yang disempurnakan oleh YB Dato' Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri. Seramai 140 penerima menerima kunci rumah masing-masing dalam majlis ini. Turut hadir, Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT dan YB Ahli Parlimen Kuala Nerus serta ADUN-ADUN Kawasan.
Projek RPMM Tok Jembal Sejahtera merangkumi 160 unit rumah pangsa empat tingkat yang dibina dalam lima blok. Setiap unit berkeluasan 801.48 kaki persegi, lengkap dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, serta satu tempat letak kereta berbumbung. Selain itu, projek ini turut menyediakan pelbagai kemudahan termasuk surau, taska, tadika, gerai niaga, taman permainan, gelanggang badminton, dewan terbuka, pondok keselamatan dan pejabat pengurusan.
Dalam ucapannya, YB Dato' Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah menegaskan bahawa penyerahan ini bukan hanya simbolik, tetapi bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan perumahan selesa, berkualiti dan mampu milik kepada rakyat. Beliau turut menyeru agar semua penerima menjaga kediaman dengan baik serta mengamalkan semangat kejiranan demi keharmonian komuniti.
KLIK DISINI UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG