17-18 JUN 2025 (Selasa-Rabu) : Bahagian Perumahan RAKR telah mengadakan Program Siasatan Tawaran Jual Beli selama 2 hari iaitu pada 17 dan 18 Jun 2025 di beberapa projek daerah Besut dan Setiu yang terlibat (RMM Gong Nering, RMM Pasir Akar, RMM Padang Luas, RMM Gong Tengah, RPMM Mengabang Besar dan RMM Sungai Tong II, Setiu). Seperti yang sedia maklum, rumah RMM/RPMM ini akan ditawarkan jual beli selepas 3 tahun tempoh sewaan dan mencukupi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PMINT.