Berita Semasa

PROGRAM DEKAT DIHATI 1.0/2025

WhatsApp Image 2025 06 16 at 5.04.36 PM

16 Jun 2025, KESUMIN melalui Jawatankuasa Kebajikan telah menyantuni pesara-pesara PMINT. Ziarah bermula pada jam 2.30 petang di rumah Encik Ismail bin Ngah yang bertempat di Pasir Panjang dan seterusnya Puan Hajah Zaleha binti Mohd Noor di Ladang Tok Pelam.

Encik Ismail telah menamatkan perkhidmatan di PMINT pada tahun 2015. Beliau disahkan menghidap sakit buah pinggang dan perlu mendapatkan rawatan dialisis sekali dalam tempoh dua hari. Beliau kini aktif dalam mengajar Al Quran kepada kanak-kanak setempat. Manakala Puan Hajah Zaleha yang tamat perkhidmatan di PMINT pada tahun 2018 telah disahkan menghidap kanser tisu. Beliau dijangka akan memulakan sesi radioterapi di Hospital Kuala Lumpur selama enam (6) minggu pada awal Julai 2025 nanti.

Ziarah ini dihadiri oleh Ybhg Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT merangkap YDP KESUMIN, Encik Rozmi bin Muji, Ketua Pegawai Operasi merangkap Timbalan YDP 1 KESUMIN bersama Cik Suhaili binti Mohd Nor, Pengerusi Kebajikan dan beberapa orang ahli.

Ybhg Dato' turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bouquet buah-buahan. Semoga kedua-dua pesara sentiasa dalam rahmatNya.

Sekian, terima kasih.

 

Daripada hati,

Kebajikan 2025-2026

 

WhatsApp Image 2025 06 16 at 5.04.36 PM 1

© Hakcipta Terpelihara 2025 . e-PMINT Portal Intranet Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu e-PMINT Administrator