PERMINITA telah menganjurkan Program Tenpin Bowling PERMINITA 2025 pada 29 Mei 2025 (Khamis) di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Sentral dengan penyertaan seramai 56 orang ahli PERMINITA.
Program ini bertujuan merapatkan hubungan ukhwah dan silaturrahim antara semua Ahli PERMINITA.
Program dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi I PERMINITA, Puan Zawani binti Yusoff. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada 10 orang pemenang & hadiah cabutan bertuah.
Program yang bermula pada jam 11.00 pagi itu berakhir pada jam 1.00 tengah hari.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada semua ahli yang hadir sama menjayakan program ini.
“MENJALIN MESRA MENINGKATKAN PRODUKTIVITI MELALUI KESUMIN”
#perminita #PMINT #bowling