Berita Semasa

MAJLIS TAKLIMAT & PENGUNDIAN LOT PROJEK RPMM TOK JEMBAL

1 1

Majlis Taklimat & Pengundian Lot bagi Projek RPMM Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu telah diadakan di Dewan Besar Tingkat 3, Menara PMINT pada jam 10.00 pagi dengan kehadiran seramai 142 orang bakal penerima kunci.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh Cik Norsabihah binti Fidri (Pengurus Bahagian Perumahan RAKR), taklimat peraturan dan syarat-syarat mendiami Rumah Awam Kos Rendah oleh Encik Sheikhul Insan bin Ismail @ Ali (Bahagian Perumahan RAKR), taklimat pengurusan strata oleh Encik Mohammad Waridwan bin Wahab (Bahagian Pengurusan Projek) dan taklimat aplikasi MyPMINT oleh Encik Mohd Zulfadli bin Yahya (Bahagian Teknologi Maklumat). Majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Wan Khairul Hakimin bin Wan Ahamad (Pengurus Besar Pengurusan Hartanah).

Majlis diteruskan dengan undian lot dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

DSC09731 1

DSC09358 1

DSC09554 1

DSC09514 1

DSC09504 1

DSC09458 1

DSC09412 1

DSC09366 1

DSC09320 1

DSC09308 1

© Hakcipta Terpelihara 2025 . e-PMINT Portal Intranet Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu e-PMINT Administrator