Berita Semasa

KEJOHANAN TENPIN BOLING MAKSAK TERENGGANU 2025

FAD08620 2K JPEG

18 Mei 2025, Ahad – Telah berlangsungnya Kejohanan Tenpin Boling MAKSAK Peringkat Negeri Terengganu 2025 di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu bermula 18 Mei 2025 hingga 20 Mei 2025. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh pihak SUK Negeri Terengganu dan berlangsung dengan jayanya.

Seramai 9 orang pemain mewakili PMINT bagi kejohanan tersebut yang mempertandingkan format permainan perseorangan. Kejohanan pada kali ini turut disertai oleh wakil – wakil daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu  (SUK), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Pejabat Daerah & Tanah (PEDATA) dan lain – lain agensi.

Kejohanan pada tahun ini telah disertai oleh 151 peserta lelaki manakala 70 peserta wanita. Kategori Lelaki Perseorangan bagi kejohanan pada tahun ini telah dimenangi oleh wakil dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), manakala kategori Wanita Perseorangan telah dimenangi oleh wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu  (SUK). Encik Suhaimi bin Awang selaku wakil terbaik bagi pasukan PMINT telah berjaya menduduki tangga ke 18 keseluruhan. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YBHG. Dato’ Ab Rasid bin Jusoh.

Diharapkan program seperti ini dapat dianjurkan lagi bagi memperkasakan sukan boling dan menjalinkan ukhuwah antara agensi/jabatan dalam Negeri Terengganu ini.

Tahniah kepada semua.

"Strike Your Goals, Bowl Your Best!"

FAD08335 2K JPEGFAD08353 2K JPEGFAD08368 2K JPEGFAD08414 2K JPEGFAD08499 2K JPEGFAD08465 2K JPEGFAD08501 2K JPEGFAD08589 2K JPEGFAD08392 2K JPEGFAD08693 2K JPEGFAD08716 2K JPEGFAD08818 2K JPEGFAD08845 2K JPEGFAD08744 2K JPEGFAD08727 2K JPEGWhatsApp Image 2025 05 20 at 18.45.21WhatsApp Image 2025 05 20 at 18.45.21 1

© Hakcipta Terpelihara 2025 . e-PMINT Portal Intranet Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu e-PMINT Administrator