Kecilkan Saiz Font Besarkan Saiz Font Besarkan Saiz Font  
Versi Mobile | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

ARKIB BERITA 2012

MOHAMAD PARIZAM BIN ABD KARIM KAKITANGAN PMINT DINOBAT OLAHRAGAWAN MAKSAK 2011

Mohamad Parizam Abd Karim yang lebih dikenali sebagai Atan telah berjaya mengharumkan nama PMINT dan juga Kerajaan Negeri Terengganu setelah dianugerahkan sebagai Olahragawan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) 2011 pada 31 Januari 2012. Penglibatan aktif beliau di dalam sukan golf memang tidak dapat dinafikan dengan rekod kejuaraan yang pernah dicapainya sebelum ini tidak kira sama ada di peringkat jabatan mahupun Negeri.

Selain daripada Atan, pemain futsal Siti Norhalimi Hussain dari Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Olahragawati. Manakala, pemanah negara Cheng Chu Sian dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pemain boling padang Siti Zalina Ahmad dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masing-masing memenangi Anugerah Khas MAKSAK.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, merangkap Yang Dpertua MAKSAK.Dalam ucapan pada majlis itu, Mohd Sidek berkata penglibatan dalam aktiviti MAKSAK dapat membantu melahirkan penjawat awam yang berdaya saing dan mengawal tekanan.

Beliau berkata penyertaan secara aktif dalam bidang sukan juga dapat melahirkan tenaga kerja yang sihat, berwawasan dan berminda progresif."Penjawat awam juga hendaklah menggunakan segala kemudahan sukan yang ada secara optimum dan ambil peluang mengembangkan bakat sukan dalam diri masing-masing," katanya.