3
 
 

TAKLIMAT PENGURUSAN PEMBINAAN PROJEK RUMAH KOS RENDAH & MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU

 
 

PMINT telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Terengganu sebagai  Pegawai Penguasa (S.O) untuk projek Perumahan Kos Rendah dan Perumahan Mampu Milik Kerajaan Negeri Terengganu.                                                                                           
Untuk memberi kefahaman dan keseragaman pengurusan pembinaan yang dipraktikkan oleh PMINT, Bahagian Perkhidmatan Teknik, PMINT telah menganjurkan satu taklimat ‘Pengurusan Pembinaan Projek Perumahan Kos Rendah dan Mampu Milik Negeri Terengganu’ pada 6 Januari 2010 (Rabu) bertempat di Dewan Seminar Tingkat 2, Menara Permint.
Taklimat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Fatah bin Alias, Pengurus Bahagian Perumahan Awam Kos Rendah PMINT dan penerangan disampaikan oleh Tuan Haji Wan Salehuddin bin Dato’ Wan Ishak, Pengurus Kanan Teknikal, PMINT.
Tuan Haji Anuar bin Awang, Ketua Penolong Setiausaha (Perumahan) Kerajaan Negeri Terengganu dan beberapa pegawai yang lain serta 21 orang perunding terdiri daripada Arkitek, Civil & Structure, Mekanikal & Elektrikal dan Jurukur Bahan telah hadir ke sesi taklimat tersebut. Turut hadir Puan Hajah Siti Marina binti Sulaiman, Pengurus Rekabentuk & Ukur Bahan dan Tuan Haji Mohd Safee bin Ab. Latif, Pengurus Bahagian Perkhidmatan Teknik, PMINT.
Beberapa perkara ditekankan dalam taklimat tersebut antaranya berkait dengan arahan dan surat menyurat, sistem kawalan kualiti bahan dan mutu kerja (workmanship) sebelum, semasa dan selepas pembinaan serta peranan dan tanggungjawab perunding.

 

 
 
 
   

Kembali