| |
Pihak Pengurusan Tertinggi PMINT telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Y.B. Dato’ Haji Mazlan bin Ngah pada 7 Mac 2010 (Ahad) bertempat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa II, Tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat yang diketuai oleh Pengurus Besar PMINT, Y.Bhg. Dato’ Haji Zakaria bin Awang ini membincangkan mengenai beberapa perkara yang menjadi perhatian PMINT di dalam usaha-usaha membangunkan dan seterusnya memajukan Negeri Terengganu.
Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri telah meminta supaya PMINT memberikan penekanan terhadap ‘township planning’ terutamanya pembangunan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Beberapa kawasan telah dikenalpasti di dalam Bandaraya Kuala Terengganu akan dibangunkan oleh PMINT di dalam masa yang terdekat ini.
Pertemuan yang diadakan selama satu jam tersebut menyaksikan Y.B. Dato’ Haji Mazlan bin Ngah mengingatkan PMINT supaya sentiasa memberikan fokus dalam usaha-usaha membangun dan memajukan sektor ekonomi dan sosial negeri Terengganu selaras dengan fungsi dan peranan PMINT sebagai Badan Peneraju Ekonomi Negeri Terengganu
| |