Pulau Duyung |
||
![]() |
“Pulau Duyong berpotensi dimajukan sebagai kawasan untuk aktiviti dan industri maritim dan pelancongan berasaskan sukan air,” kata Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ada beberapa aspek yang menarik perhatian Perdana Menteri mengenai Pulau Duyong iaitu keindahan, suasana perkampungan nelayan, industri membuat bot dan kapal tradisional, perairan dan kedudukan strategiknya berhampiran pusat bandar. Tiada siapa menyangka bahawa Pulau Duyong sering menerima kehadiran warga asing dan penggemar sukan kapal layar terutama dari Eropah untuk menempah bot atau kapal tradisional. Gabungan aset – aset yang dimiliki di pulau itu mungkin mencetuskan ilham kepada Perdana Menteri yang mengumumkan hasrat kerajaan untuk menjadikan Pulau Duyong sebagai lokasi pertandingan kapal layar antarabangsa. |
|
Pulau Duyong terletak 5 km dari bandar Kuala Terengganu dan ianya meliputi Pulau Duyong Besar dengan keluasan 28 hektar dan Pulau Duyong Kecil dengan keluasan 11.2 hektar. Pembangunan Semula Pulau Duyong seperti yang dirancang melibatkan beberapa cadangan pembangunan. Zon A Pembangunan Marina – laluan pejalan kaki, jeti, taman rekreasi dan medan selera. Zon B Perniagaan / Perkhidmatan – pusat kegiatan memancing dan medan selera. Zon C Marina / Elemen sokongan – rumah kelab, kedai, pejabat, kedai alat ganti, aksesori, akademi pelayaran. Zon D Pembangunan bercampur – rumah kos rendah, chalet, hotel. |
![]() |
|
![]() |
||