Mengikut pelan susunatur yang dicadangkan, kesemua tanah-tanah di dalam kawasan projek akan digunakan untuk pembangunan projek. Tanah-tanah akan digabung, dicantum dan disusun semula untuk penyediaan infrastruktur dan kemudahan lain.
Tuan-tuan tanah akan mendapat pulangan iaitu dari segi mendapat lot rumah atau kedai mengikut pilihan tuan-tuan tanah selaras dengan nilaian tanah mereka.
Disamping itu, faedah lain yang akan diperolehi adalah persekitaran kehidupan yang akan menjadi lebih sempurna dengan suasana yang lebih teratur dan penyediaan kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial yang lebih baik.
APAKAH SAYA PERLU MEMBERIKAN WANG UNTUK MENYERTAI PROJEK?
Tidak, tuan tanah tidak perlu mengeluarkan wang tunai untuk menyertai projek.
Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu, sumbangan tanah mungkin perlu diganti dengan sumbangan wang seandainya lot-lot asal tuan tanah adalah terlalu kecil.
APAKAH HAK PEMILIKAN TANAH SAYA TERJAMIN?
Ya, di dalam projek PTB hak pemilikan tanah oleh setiap tuan tanah adalah terjamin. Sebagai tuan tanah yang sah dan bersetuju untuk menyertai projek, tuan tanah akan mendapat lot baru selepas projek dengan hakmilik baru.
PERLUKAH SAYA BERPINDAH KELUAR DARI KAWASAN SAYA?
Tidak, melalui projek PTB tuan-tuan tanah tidak perlu berpindah keluar ke kawasan lain. Tuan-tuan tanah akan tetap tinggal di kawasan projek tetapi mungkin akan berpindah sementara untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan dijalankan di tapak berkenaan.
Melalui cara ini, objekltif PTB sebenarnya mengekalkan masyarakat dan hubungan kejiranan sediaada.