Latar Belakang

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah ditubuhkan pada 1 April,1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Terengganu (Bil.3/1965). Tujuan utama penubuhan adalah untuk menjadi agensi utama negeri bagi melaksana dan mempercepatkan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi di Negeri Terengganu.

Dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam tahun 1971, PMINT turut mendukung matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Begitu juga apabila Dasar Pembangunan Nasional 1991 - 2000 (DPN) yang bermula pada tahun 1991, PMINT juga turut melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan dasar tersebut.

PMINT telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang meliputi spektrum yang sangat luas meliputi hampir ke semua sektor ekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti PMINT dijalankan melalui dua cara iaitu secara langsung dan melalui syarikat-syarikat anak.

Objektif

  • Untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

  • Meningkatkan aktiviti ekonomi.

  • Pembangunan sumber tenaga manusia.

  • Memesatkan rancangan-rancangan pembangunan bandar dan luar bandar.

  • Meningkatkan serta memperkukuh asas ekonomi bumiputera dengan melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.
Visi

Peneraju, Penjana Dan Penyumbang Utama Pembangunan Ekonomi Dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Terengganu

Misi

PMINT Beriltizam Meningkatkan Kecekapan Dan Produktiviti Dalam Menguruskan Perniagaan Melalui Penerokaan Pelbagai Bidang Ekonomi
Yang Menguntungkan Dan Memberi Nilai Tambah Kepada Organisasi Serta Memenuhi Kepuasaan Pelanggan

Moto

“KEPERLUAN & KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI”

Nilai-Nilai Teras

Integriti
Integriti wujud di peringkat individu dan organisasi

Kreatif Dan Inovatif
Kreatif dan inovatif dalam pemikiran dan penjanaan idea

Semangat Kerja Berpasukan
Pengukuhan semangat kekitaan dan kerjasama

Cakna
Budaya cakna dalam organisasi dan pembentukan
hubungan dua hala yang erat

Motivasi Diri Yang Tinggi
Peningkatan motivasi yang tinggi dengan amalan
sikap positif dan responsif