Perumahan Komersil dan Perkedaian

Penglibatan PMINT dalam sektor perumahan bermula pada tahun 1972 apabila ia diberi tanggungjawab mengambilalih peranan Amanah Perumahan Negeri. Dalam tahun 1979, PMINT memulakan strategi perancangan pembangunan yang lebih sistematik untuk bergerak lebih aktif dalam pembangunan hartanah.

MATLAMAT PEMBANGUNAN
  • Menyediakan perumahan yang tersusun dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur.
  • Menyediakan Ruangniaga/Ruang Pejabat di bandar-bandar utama, pekan kecil/pusat pertumbuhan dan pusat perniagaan.
  • Mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi setempat.
  • Penglibatan dalam pembangunan hartanah mampu milik sebagai salah satu sumbangan sosial dalam memastikan semua golongan masyarakat berpeluang memiliki harta.