3
 
 

HARI KELUARGA PMINT 2010

 
 

 

Dengan bertemakan ‘Keluarga Cemerlang, Organisasi Gemilang’, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT telah menganjurkan Sambutan Hari Keluarga PMINT 2010 pada 10 Julai 2010 (Sabtu). Bertempat di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, program ini telah disertai hampir 1000 orang wargakerja PMINT termasuk keluarga masing-masing yang memenuhi tapak acara seawal jam 7.15 pagi lagi untuk menyertai beberapa acara yang telah dianjurkan.

Aturcara bermula dengan sesi pendaftaran wargakerja dan ahli keluarga diikuti dengan Majlis Perasmian Hari Keluarga PMINT 2010 oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Zakaria bin Awang, Pengurus Besar PMINT. Acara senamrobik diadakan selepas Majlis Perasmian yang menyaksikan Tuan Haji Ahmad bin Abdullah, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu merangkap Ahli Lembaga Pengarah PMINT dan isteri turut hadir bagi memeriahkan kedua-dua acara tersebut.

Acara sukaneka bermula dengan membabitkan penyertaan daripada anak-anak wargakerja PMINT yang cukup meriah sekali dengan disertai oleh ibubapa masing-masing yang turut sama menyertai acara sukaneka yang dipertandingkan. Acara mewarna bagi kanak-kanak juga diadakan bagi meraikan anak-anak wargakerja yang hadir menyertai Hari Keluarga PMINT ini. Pelbagai acara menarik diadakan pada hari itu seperti bowling padang, keretapi undur serta ingat-ingat lupa.

Hari Keluarga PMINT 2010 diakhiri dengan acara Cabutan Bertuah pada sebelah petang yang menyaksikan seorang wargakerja yang bertuah telah mendapat cabutan hadiah bonanza diikuti dengan hadiah-hadiah lain oleh setiap wargakerja.

Sambutan Hari Keluarga PMINT ini adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh setiap wargakerja dan keluarga kerana ianya telah sekian lama tidak diadakan disebabkan kekangan masa serta jadual yang padat. Pada tahun ini PMINT berjaya mengadakan sambutan hari keluarga bagi meraikan wargakerja jabatan dan keluarga yang telah berkhidmat dan memberikan komitmen bagi menjayakan agenda kerajaan negeri di dalam Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan serta menjadi agensi pelaksana pembangunan sosio-ekonomi negeri.


KELUARGA CEMERLANG, ORGANISASI GEMILANG

 
 

12

 

   

Kembali