| |
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah menyertai pameran Juara Rakyat yang telah diadakan pada 5 – 6 Mac 2010. Pameran yang bertemakan Kebajikan itu telah menarik penyertaan beberapa agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan berbentuk kebajikan khusus untuk rakyat.
Semasa pameran tersebut berlangsung, PMINT telah menyediakan perkhidmatan kepada para pemilik Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) di mana kemudahan yang disediakan antaranya ialah kaunter pembayaran dan juga pertanyaan baki beza bagi RAKR. Turut serta semasa pameran ini ialah Bahagian Perumahan Komersial & Perkedaian PMINT, TADC dan juga Pertima Trengganu Sdn Bhd.
Program yang diadakan selama dua hari ini telah berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal yang merupakan kesinambungan Program Juara Rakyat yang diadakan mengikut Parlimen dan seterusnya Dewan Undangan Negeri di Terengganu bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat.
| |