SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 : 2008

Pada awal pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001, PMINT bertekad dan beriltizam supaya Sistem Pengurusan Kualiti yang dibangunkan perlu dipertahankan secara konsisten dan berterusan. Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 : 2008 mempunyai 'mekanisme dalaman' yang perlu diolah bagi menyelenggara sistem ini agar terus kekal dipelihara dan dipertahankan.

Pengurusan atasan sentiasa memberikan perhatian kepada mekanisme ini agar usaha menjamin pengukuhan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 : 2008 PMINT dapat dipelihara dari semasa ke semasa. Malahan semua warga kerja sedar bahawa persijilan ISO 9001 : 2008 bukan diperbaharui secara automatik tetapi perlu melalui audit susulan yang ditetapkan oleh badan yang mentauliah persijilan.

PMINT telah diberi pengiktirafan MS ISO 9002 : 1994 pada 28 Julai 1999 dengan nombor pendaftaran AR 1748 oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd. seterusnya PMINT dinaik taraf pada 28 Julai 2002. Dengan adanya Audit Persijilan Semula (Re-certification Audit), tempoh sah sijil dilanjutkan kepada 27 Julai 2011 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

PMINT telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001 : 2008 setelah pihak SIRIM menjalankan audit pengawasan dan perluasan skop pada 21 - 23 Julai 2009. Sehubungan dengan itu, sijil ini juga sah sehingga 27 Julai 2011.

Skop pendaftaran ISO 9001 : 2008 ialah Pengurusan Perancangan, Pelaksanaan dan Pemantauan Pembangunan Hartanah, Industri dan Sosio - Ekonomi.