logoHeader
 

Paya Bunga Square 17 tingkat ini menawarkan sebuah podium perniagaan, sebuah menara hotel, sebuah menara pejabat dan tempat letak kereta bertingkat. Terletak di atas tapak seluas 9,733 meter persegi (2.4 ekar).
Komponen bangunan yang akan dibina mengandungi seperti berikut:-

A) Blok Podium

Blok Podium 4 tingkat dengan satu tingkat tempat letak kereta bawah tanah mengandungi ruang-ruang kegunaan yang berikut:-

  1.    Ruang niaga yang terletak di tingkat bawah dan tingkat 1 mengandungi 69 unit ruang niaga dengan keluasan setiap lot di antara 9.92 meter persegi hingga 169.48 meter persegi. Jumlah keseluruhan luas lantai adalah 12,387 meter persegi.
  2. Restoran tertutup di tingkat 3 dan restoran terbuka di tingkat 4. Jumlah keseluruhan luas lantai adalah 548 meter persegi.
  3. Tempat letak kereta di tingkat bawah tanah dan tingkat 2 hingga 4 berjumlah 441 petak, manakala tempat letak motosikal 196 petak.

B) Menara Pejabat

Ruang Pejabat sebanyak 12 unit yang terletak di tingkat 5 hingga tingkat 16 dengan keluasan lantai  dengan keluasan setiap unit di antara 755 meter persegi hingga 853 meter persegi. Jumlah keseluruhan luas lantai 9,891 meter persegi.

C) Menara Hotel

Ruang hotel terletak di tingkat 5 hingga 16 dengan jumlah keluasan lantai 22,952 meter persegi. Hotel yang dicadangkan mengandungi:-

  • 199 bilik dengan
  • kemudahan sebuah dewan seminar  yang boleh memuatkan 400 orang.
  • 3 bilik seminar
  • 2 bilik majlis kecilan
  • 2 bilik persalinan
  • Kolam mandi dengan keluasan 600 meter persegi
  • Bilik persalinan
  • Bilik terapi dan Sauna
  • Bilik permainan
  • Gimnasium
  • Restoran.
  • Ruang lobi dan pejabat pentadbiran

Daftar Sekarang!!! | Lagi info PB Square, Wisma Maju & Kompleks Plaza Paya Bunga - Maklumat Keluasan