![]() |
|||
PMINT CERIA 2009 |
|||
Program PMINT Ceria 2009 merupakan satu usaha organisasi bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bersih, tersusun, selesa dan kondusif kepada pekerja dan pelanggan. Di samping itu program ini juga dapat membina disiplin dan etika kerja yang baik, menjana kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi dikalangan warga kerja PMINT. Konsep 5’S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal telah diamalkan di pelbagai agensi kerajaan dan PMINT turut berusaha untuk menerapkan budaya 5’S di kalangan wargakerjanya dan program yang diadakan ini telah memberi impak yang baik ke arah merealisasikan amalan 5S tersebut. Pelancaran PMINT Ceria telah diadakan pada 5 Disember 2009 oleh Dato’ Haji Zakaria Awang selaku Pengurus Besar PMINT di Tingkat 3 Menara Permint. Beliau amat berpuashati dengan komitment yang ditunjukkan oleh semua kakitangan dalam menjayakan program ini. Idea, kreativiti dan inovasi telah ditonjolkan dalam menceriakan tingkat masing-masing dan perubahan yang amat ketara dapat dilihat dari sebelum program ini dilaksanakan. Bagi menghargai hasil usaha kakitangan maka pihak pengurusan telah menyediakan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada tingkat yang dapat memberikan hasil yang terbaik. Penilaian telah dibuat oleh beberapa orang pegawai PMINT yang dilantik sebagai panel penilai. Sebanyak 6 tingkat telah dinilai dan tingkat 12 telah terpilih sebagai tingkat terbaik dan seterusnya menjadi Juara PMINT Ceria 2009. Walaupun program ini julung-julung kali di adakan tapi hasilnya amat memuaskan di mana ianya telah berjaya menceriakan suasana pejabat PMINT dan diharapkan ianya akan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya.
|
|||
|
|||