
MAJLIS BERBUKA PUASA Y.A.B. MENTERI BESAR BERSAMA AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN WARGAKERJA PMINT
Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PMINT Y.A.B. Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said telah hadir untuk berbuka puasa bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan wargakerja PMINT serta keluarga di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
Turut hadir isteri beliau Y.A.Bhg To’ Puan Seri Hajah Norliza binti Mahmud. Majlis yang diadakan pada 17 Ogos 2010 ini turut dihadiri Y.B. Dato’ Haji Mazlan bin Ngah, Setiausaha Kerajaan Terengganu merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah PMINT.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said. Di dalam ucapannya, beliau telah mengingatkan wargakerja PMINT supaya sedar mengenai tanggungjawab yang wajib ditunaikan sebagai penjawat awam tidak kira di pejabat mahupun di luar pejabat.
Selepas ucapan Y.A.B. Menteri Besar, majlis telah diisi dengan iringan zikir munajat dan bacaan doa sebelum waktu berbuka puasa.

