
PETUGAS BOT TEKNIKAL MONSOON CUP 2009 DIRAI
Kerajaan Negeri Terengganu telah memberi kepercayaan kepada PMINT untuk menjadi penyelaras petugas-petugas bot teknikal Monsoon Cup 2009 sejak mula-mula Monsoon Cup dianjurkan di Terengganu. Pada tahun 2009, pertandingan ini telah diadakan pada 2 hingga 6 Disember 2009.
Perjalanan bagi tugas-tugas bot teknikal berjalan dengan lancar hasil dari kerjasama padu yang diberikan oleh para petugas bot teknikal yang terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Jabatan Pengairan & Saliran serta para petugas dan urusetia daripada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu sendiri.
Sebagai penghargaan kepada para petugas bot-bot teknikal yang telah bertungkus-lumus menjayakan pertandingan kapal layar antarabangsa tersebut, satu Majlis Makan Tengahari telah diadakan di Restoren Bbeteng, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 30 Disember 2009. Majlis turut dihadiri oleh Y.Bhg Dato’ Haji Zakaria bin Awang, Pengurus Besar PMINT.

