| |
Pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah menjalankan Audit Pematuhan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S pada 1 Julai 2010. Dalam Mesyuarat Pentutupan Audit, pihak MPC telah membuat keputusan untuk mencadangkan kepada Jawatankuasa Pensijilan 5S MPC untuk menganugerahkan sijil Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S kepada PMINT.
Pejabat PMINT telah dibahagikan kepada sembilan zon pelaksanaan 5S. Sepanjang pengauditan, sebanyak 18 sticker Amalan Terbaik telah diberikan kepada amalan dan aktiviti yang menunjukkan inovasi terbaik yang telah dilaksanakan oleh zon-zon berkenaan.
Y. Bhg. Dato’ Haji Zakaria bin Awang, Pengurus Besar PMINT semasa mempengerusikan Mesyuarat Penutup Audit Pensijilan 5S mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga kerja di atas kesungguhan dan kejayaan melaksanakan aktiviti 5S dalam tempoh empat bulan bermula Mac hingga Jun 2010.
Beliau berharap, dengan terlaksananya Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang diperakui oleh MPC ini membuktikan PMINT telah berjaya menambahbaik Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 yang telah dilaksanakan hampir 12 tahun. Dengan pengiktirafan Pensijilan 5S ini, PMINT akan terus membudayakan Persekitaran Berkualiti dalam menghasilkan perkhidmatan dan produk berkualiti untuk memenuhi kepuasan pelanggan yang sentiasa menjadi keutamaan.
| |