AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S) DI PMINT |
TUJUAN Tujuan pengamalan 5S adalah untuk melaksanakan budaya amalan persekitaran berkualiti di PMINT dengan menggunakan teknik Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal). LATAR BELAKANG Amalan 5S merujuk kepada singkatan perkataan dalam bahasa Jepun iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal). Amalan 5S ini berkesan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Keberkesanan pelaksanaannya menjamin peningkatan kualiti perkhidmatan pada kos yang optimum dengan proses kerja yang lebih berkesan dan meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan dalaman dan luaran. Amalan 5S dapat memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti PMINT (MS ISO), khususnya keperluan piawaian di bawah Klausa Pengurusan Sumber iaitu Klausa 6.4 - Persekitaran Kerja. Hasil daripada Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat PMINT. PELAKSANAAN 5S DI PMINT Melalui ‘tagline’ PMINT Kearah Perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S, sasaran empat (4) bulan telah diletakkan oleh Pengurusan Tertinggi bagi PMINT mendapatkan persijilan 5S. Idea asal untuk mendapatkan Persijilan 5S telah dicetuskan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Zakaria bin Awang di mana program PMINT Ceria telah dilancarkan sebagai persediaan untuk memulakan proses mendapatkan Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S. Taklimat kepada Pengurusan PMINT telah diadakan bagi menerangkan secara dasar mengenai perlaksanaan sistem amalan persekitaran berkualiti oleh pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC). Pelancaran 5S di PMINT yang dikenali sebagai Majlis Gegar 5S PMINT telah diadakan pada 27 Mac 2010 sebagai titik mula rasmi untuk PMINT mendapatkan persijilan 5S. Proses yang dijangka berakhir pada akhir Jun 2010 di mana ketika itu merupakan Audit Persijilan Amalan Persetaran berkualiti di PMINT. Kesemua jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menggerakkan proses pelaksanaan program ini di PMINT dan pelbagai pendedahan diberi bagi memastikan pemahaman secara menyeluruh setiap wargakerja mengenai amalan 5S di PMINT.
“MEMBUDAYAKAN PERSEKITARAN BERKUALITI”
|